MY FAVOURITE RESEPI BOOK
2.65K subscribers
4.36K photos
25 videos
17 files
819 links
My Favourite Resepi Book is Cooking Channel's. Let's share and join this channel with your Friends and Families.Bye ;)
Download Telegram
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi Coklat moist cheese..

Telur - 2biji gred A @ B
Kalau gred C guna 3biji.
½ cawan gula
1sudu kecil esen vanila
Pukul bahan ni sampai kembang..

Bila dah kembang, letak
½ cawan susu cair
½ cawan susu pekat
½ cawan minyak
2 sudu besar air panas
Kaup rata je bahan ni sampai sebati..

Bila dah sebati letak.
tepung 1cawan
½ cawan serbuk koko
1sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil bakingpowder
( ayak dulu )
Kaup semua ni bagi sebati je.
dah sebati letak dalam loyang.

Bahan cheese ;
Cheese tu sebenarnya sikit je. lebih buat kek aritu. xtau bape gram. so boleh je letak angaran dalam 50gram cheese. tepung 2sudu besar.. susu cair 1sudu.. susu pekat 1sudu.. pukul sampai cheese jadi warna putih ( kembang )
+ kalau nak banyak cheese, buat je adunan cheese ni 2x ganda.. step tetap sama..

bila dah siap. Letak je atas adunan coklat tadi. cheese tu memang akan tenggelam masa letak. tapi jangan risau. nanti masa masak. dia akan naik ke atas sendiri. takda buat corak pon. letak cheese tu then kacau² je guna garfu.. biar buruk janji sedap.. kann 🤭
kukus 45minit @ sehingga masak.. siap 😁👌🏻

Credit : Eiza Musa
#mahn
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Kek coklat utk anak2. ❤️

Guna blender je..

BAHAN A
Tepung gandum 2 cawan
Baking powder 1 sudu teh
Soda bikarbonat 1 sudu teh
Ayak bahan ni

BAHAN B
Minyak masak 1 cawan
Serbuk Koko 1 cawan
Susu pekat 1 cawan
Kacau bg sebati. Hilang ketul2 serbuk Koko tu ye

BAHAN C
Telur gred B@A 2 biji
Air sejuk Dr peti sejuk 1 cawan
Gula 3/4 cawan(x mau manis Sgt)
Blender bg hancur gula. Anggaran 3 ke 4 minit

CAMPURKAN bahan A dan B ke dalam Bahan C. Kacau sebati ye. Masa ni nak tambah badam boleh masukkan sekali. Lemak2 sedap

Boleh masukkan Dlm loyang atau cup kecik2 tu ha.

Bakar suhu 160/masa 40minit
Ikut oven masing2
Kukus api besar Dlm 50 minit
X masak boleh panjangkan sikit masa

Kredit page : resepi mudah.
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Ikan masak asam...ramai tak yang suka menu nie..

🌺Resepi Ikan masak Asam
=============================
-ikan kembong@tenggiri@merah dll
-asam jawa Adabi dalam 2sk
-bwg merah 5-6 bji belah dua
-bwg putih 5ulas
-halia sehiris nipis
-garam
-Gula
-cili padi 5-10bji ( ketuk blh sbjik² pun boleh)
-tomato belah 4 ( xnk letak pun xpe)

🌺Cara²
============================

-ikan gaul garam kunyit & goreng
-panaskan minyak tumis bwg merah + bwg putih + halia
-dah naik bau masukkan asam jawa & air dlm secawan tea ( nak kuah lebih letak lebih ye )
-masukkan cili padi & tomato... perasakan garam gula .. balance kan masam masin ye....last skli masuk ikan...siap 😊

Kredit: Norashikin Ismail
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Muffin strawberry 🍓 simple

Bahan A ( kering )

🍓 2 cawan tepung gandum
( Jika guna tpg selfrising xperlu letak soda & baking dh ye )
🍓 1 cawan gula halus
🍓 1 sdk soda bikarbonat
🍓 1 sdk baking powder
🍓 1/2 sdk garam halus

Bahan B ( basah )

🍓 1 biji telur gred A
🍓 1 cawan susu full cream ( kalau xd guna susu cair @ sejat pon boleh )
🍓 1/3 cawan minyak jagung ( sy guna minyak masak je )
🍓 1 sdk strawberry flavor
🍓 Sdikit pewarna pink
🍓 Cip coklat 3/4 cawan

Cara buat 👇

🍓Satukan ke semua bahan A tadi dalam satu bekas & gaul sampai sebati smuanya..

🍓Dalam bekas yg lain pukul telur dgn garfu je

🍓Masukn susu full cream, strawberry flavor, minyak & sebatikn smua adunan kmudian masukn cip coklat gaul² kejap..

🍓Masukn bahan² A tadi yg telah d sebatikn ke dalam adunan bahan B tadi & kaut balik bg sebati..

🍓Tuang adunan 3/4 ke dlm cawan cup cake & bakar pd suhu 160c selama 20 minit untk cup sz L & 15 minit untk cup sz M @ hingga masak..

Nota 💛 untk muffin kali ni akk xnk melimpah ruah so akk letak sparuh cup je adunan n kejadianya mcm dlm pic..

Tips ❤️ untuk memastikan kejadian muffin yg gebu & moist, pastikan kacau campuran bhn kering & basah hanya sekejap sekadar rata je menggunakan senduk kayu (kalau kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yg kering & keras) isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin semasa membakar utk menhasilkan muffin yg kembang montoks naik dgn jayanya..
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi serimuka pandan.

Lapisan atas.
1 cawan santan
1 cawan air daun pandan
Telur sebiji
5 sudu besar t.gandum
Secubit garam

Lapisan bawah.
1 1/2 cwan pulut yg direndam dlm 2 hingga 3 jam
1/2 cawan santan cair
Secubit garam

Kukus pulut bersama santan cair dn garam,hingga pulut masak ..tekan pulut hingga padat..
Semasa mengukus pulut,buatkan lapisan atas,kacau semua bahan dgn whish hingga sebati dan rata,bila pulut dah padat ,masukkan lapisan atas perlahan2,kukus hingga masak dgn api sederhana ,masak dlm 20 minit ...sejukkan ..baru la boleh dipotong dn dihidangkan.

credit : Rohani Ronnie
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
POPCORN AYAM ALA KFC

Ayam - potong 20 keping kecik²
3-5ulas bawang putih - tumbuk lumat
3sb tepung goreng pisang adabi
½cawan tepung gandum
1sk garam
1sk serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng.

Gaulkan semua bahan sehingga bahan kering semua lekat pada ayam.

Panaskan minyak. Goreng sampai keperangan.

Siap! ❣️
Happy dinner semua. ❣️

Kredit : Noryussyairah Yussof
Ayam masak merah (cara kenduri kahwin!)

Ayam seekor, gaul garam kunyit n goreng dulu jgn garing sgt

Bahan blend
Cili kering 2 genggam, akk cmpur dgn cili kering tk pedas (rebus dulu )
Bwg besar 1 stgh bij
Bwg putih 6-7 ulas
Halia stgh ibu jari
Belacan stgh ibu jari
Buah tomato size besar 2 biji

Bahan tumis
Tiga sekawan
Bwg besar sebiji hiris2
Serai 1-2 btg titik kan
Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul
(wajib ada)

Cara memasak
Cedok minyak dr goreng ayam td dlm 3 senduk
Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan blend
Tumis hingga bahan2 menggaring dan pecah minyak..
Agak2 nmpak kurang miyak, tambahkan lagi sikit2..
Lepas dh garing, tambahkan gula, garam dan perasa
Kemudian tuangkan sesenduk susu cair
Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat
Dh cukup rasa dn sebati, last masukkan ayam goreng gaul sekata
Taburkan hirisan bwg besar
Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dgn sambal..
Siap tuk dihidangkan..

Kredit: Azlina Ina Resepi
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi Kek Coklat(Blender)

Bahan2:
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
- semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan.

Bahan2 ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
- adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau masak cucuk ngan garfu kalau x melekat dh masak..Klu guna acuan lompang kukus 15minit..

Photos from Nora Syikin