Panduan Telegram
38.5K subscribers
1 photo
305 videos
273 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Komen Saluran. Saluran yang dilink ke Grup Diskusi mempunyai butang komen di bawah setiap pos, di mana pelanggan dan pelawat dapat berkongsi pendapat mereka mengenai kemaskini terkini.

Komen muncul dalam utas tersendiri, tetapi juga dipos dalam grup diskusi untuk memberi pentadbir dan kekerapan peserta, tempat untuk melihat setiap komen baru di satu ruang.

Sekiranya anda bukan ahli grup diskusi saluran, notifikasi untuk balasan kepada komen anda akan dihantar ke bual khas yang dinamakan Balasan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Saluran adalah alat yang hebat untuk menyiarkan mesej kepada khalayak ramai yang tiada had jumlah pelanggannya.

Hanya pentadbir yang dibenarkan mengirim kemaskini, tetapi anda boleh tambah komen untuk berinteraksi dengan pengguna - lihat @contest sebagai contoh.

Saluran tidak dikaitkan dengan nama: pos menunjukkan nama dan foto saluran, dan bukannya individu yang mengeposnya. Senarai pelanggan juga bersifat peribadi dan hanya dapat dilihat oleh pentadbir.

Untuk puluhan fungsi saluran lain yang terlalu banyak untuk dihuraikan di sini, sila lihat panduan lengkap kami.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Folder Bual. Senarai bual anda boleh mempunyai tab berasingan dengan bual tertentu untuk Kerja, Sekolah dan lagi melalui Aturan > Folder Bual.

Untuk mencubanya, tambah satu dari folder tersedia seperti Belum Dibaca atau Peribadi. Anda boleh sunting mereka dari mana-mana peranti untuk merangkumi atau mengecualikan bual yang lain – seperti Belum Dibaca dengan bual disenyap, dikecualikan.

Anda juga boleh cipta folder khusus dengan penapis anda tersendiri seperti Grup atau Saluran – atau pilih bual individu untuk cipta folder Kerja atau folder Berita.

Folder menyokong sematan tanpa had untuk menyimpan bual anda dalam mana-mana susunan dan boleh dikongsi melalui link – membolehkan rakan sekerja dan kenalan menambah folder dan sertai semua bual di dalamnya dengan hanya satu tekanan.

Maklumat lanjut – sila wawarkan:
Berita TelegramPanduan Telegram • Telegram Premium
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sembunyikan Bual Arkib. Bual arkib anda dipaparkan di bahagian atas senarai bual anda.

Jika anda tidak nampak mereka, tarik ke bawah untuk pamirkan arkib. Untuk semat atau sembunyi arkib, leret ke kiri.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bual Diarkib. Anda boleh kirim bual untuk senarai bual berasingan dengan meleret ke kiri.

Bila bual diarkib ada notifikasi baru, ia akan terkeluar dari arkib dan berada di senarai bual anda – bual disenyap akan terus berada di arkib untuk selamanya.

Arkib anda memungkinkan sematan bual tanpa had untuk menyimpan perbualan dalam mana-mana susunan.

Bual diarkib boleh dikirim balik ke senarai bual utama anda dengan membuka arkib dan meleret ke kiri sekali lagi.

Untuk tambah senarai bual seperti untuk kerja, sekolah dan lagi, cuba cipta folder bual tersuai.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hadkan Jemputan ke Grup dan Saluran. Anda boleh pilih siapa yang boleh tambah secara terus ke grup dan saluran di Aturan Privasi.

Pengguna yang tidak dibenarkan menambah anda akan dapat mengirim link jemputan sebagai mesej biasa.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kirim Tanpa Bunyi. Tekan lama butang kirim dalam mana-mana bual untuk kirim mesej anda dengan notifikasi senyap.

Anda juga boleh guna menu ini untuk jadualkan mesej, mengirimnya pada masa tertentu.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hantar Ketika Di Talian. Anda boleh jadualkan mesej atau media untuk dikirim semasa penerima anda di talian.

Mesej anda akan dikirim walaupun anda luar dari talian – dengan selesa melompat ke bahagian atas senarai kenalan bual anda.

Opsyen hanya tersedia jika pengguna membenarkan anda untuk lihat waktu Terakhir Nampak mereka.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Berjadual. Tekan lama butang 'Kirim' di mana-mana bual dan pilih 'Mesej Berjadual' untuk menghantar mesej atau media secara automatik pada masa yang ditentukan.

Ikon 🗓 atau 🕒 terpapar di bar mesej bual di mana mesej anda dijadualkan – tekan untuk lihat atau ubah mana-mana mesej yang belum dikirim.

Jika anda dapat lihat status Terakhir Nampak pasangan bual anda, ada juga opsyen untuk kirim mesej apabila pengguna kembali di talian.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Emoji Permainan Mini. Kirim satu 🎰🎲🎯⚽️ atau 🏀 dalam mana-mana bual untuk cuba nasib anda.

Anda boleh tekan mana-mana emoji permainan mini dalam bual untuk dengan segera kirim satu lagi – sekiranya anda tidak menang atau ingin lempar dadu.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Emoji Beranimasi. Telegram ada lebih dari 300 emoji yang mempunyai animasi berekspresif yang beraksi bila anda kirim satu emoji di bual.

Berdozen di antara emoji ini adalah jenis interaktif – tekan satu emoji di bual untuk memaparkan kesan ekstra, yang disegerakkan dengan rakan bual anda.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pek Stiker Disusun Semula. Tekan lama dan tarik pek gambar kecil stiker untuk tukar tempatnya di panel.

Anda boleh juga susun semula pek stiker dari Aturan > Aturan Bual > Stiker (Android) atau Aturan > Stiker (iOS)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cadangan Emoji. Pengguna Android taip satu perkataan di medan input anda untuk mendapatkan cadangan emoji yang relevan.

Di semua platform, taip: diikuti dengan kata kunci untuk membuka carian emoji - contoh: heart ❤️. Anda juga boleh guna satu emoji untuk cadang stiker yang berkenaan.

Sekiranya kami kehilangan kata kunci untuk emoji dalam bahasa anda, sila cadangkannya di sini.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pemilihan Separa. Anda boleh memilih mana-mana bahagian mesej untuk disalin atau dikongsi, dan bukan hanya teks penuh. Lihat penampilannya di Android.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hapus Mesej. Pengguna Telegram boleh hapus mesej untuk setiap orang pada bila-bila masa, tanpa meninggal jejak.

Dalam bual 1-dengan-1, anda boleh hapus mana-mana mesej – termasuk yang dikirim oleh rakan bual anda, anda sentiasa boleh hapus mesej anda.

Anda juga boleh hapus log panggilan dan keseluruhan bual bagi semua peserta. Untuk secara automatik mengeluarkan mesej menurut tempoh tertentu, dayakan hapus auto dalam mana-mana bual atau untuk akaun anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sunting Mesej. Betulkan kesilapan dengan pantas atau lakukan format tambahan dan informasi ke mesej yang anda telah kirim. Setelah pertukaran dilakukan, tanda disunting akan dipaparkan di belon mesej.

Anda juga boleh sunting media yang telah dikirim untuk tukar, krop atau betulkan foto dan video.
Tema Awan disegerakkan di seluruh peranti anda dan mempunyai link yang unik dan boleh dikongsi. Semua orang boleh menciptanya di Penyunting Tema kami.

Sekiranya anda ingin melakukan perjalanan ke masa lampau, pereka kami mengumpulkan penghormatan ini kepada aplikasi yang sebelum ini adalah bebas: https://tttttt.me/addtheme/RetroGreen
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tukar Warna. Anda boleh memilih daripada berpuluh skema warna dalam Aturan Bual (Aturan Penampilan di iOS).

Untuk kebebasan seni cuba Penyunting Tema penuh - atau cari link ke tema yang dicipta oleh orang lain.
Telegram dibina untuk melindungi privasi dan mencipta semula apa pemesejan boleh lakukan. Beratus ciri unik diterangkan di saluran ini, namun di bawah ini adalah sebahagian dari kegemaran kami:

Menyunting Mesej dan media
Memindah sejarah bual dari aplikasi lain
Mengirim media dan fail sehingga 2 GB
Menghapus mesej dan lagi tanpa meninggal kesan
Aplikasi asli untuk desktop, browser dan tablet
Akaun pelbagai dan Folder Bual
Nama Samaran dan bukannya nombor fon
Aturan Privasi Terperinci
Grup Bual dengan 200,000 ahli atau lebih
Alatan Pentadbir dan statistik untuk pemilik grup
Saluran untuk komunikasi satu-ke-ramai
Bual Video di Grup
Strim Langsung di Saluran
• 20,000+ Stiker Beranimasi berkualiti tinggi
Tema Tersuai boleh Dikongsi dan Latar Belakang Beranimasi
Mesej Video
Alatan menyunting lanjutan untuk foto dan video
Bot yang melakukan tugas dan bergabung dengan perkhidmatan lain menggunakan API terbuka kami
Emoji Berinteraktif
Foto menghilang dan video menghilang
Bual berinskripsi awal-ke-akhir Musnah Sendiri
Pilihan sebahagian teks untuk mesej
Mesej Berjadual dan Mesej Senyap
Mesej Disemat dan Undian
Sejarah bual persisten
Mesej Disimpan dan Draf
Panggilan berinskripsi Suara dan Video

Panduan Telegram tersedia dalam beberapa bahasa – lihat senarai di sini.

Wawarkan Panduan Telegram kepada keluarga dan rakan handai dengan salin dan pos atau majukan dari sini.


Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Status hantaran. Satu tik = mesej dihantar. Dua tik = mesej dibaca.

Anda boleh guna Telegram pada beberapa peranti sekaligus, termasuk komputer dan tablet. Hanya perlu log masuk menggunakan nombor telefon yang sama untuk mengakses semua mesej anda - tanpa menyambungkan ke telefon anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Video. Tekan sekali pada butang Mesej Suara untuk beralih ke video.

Tekan mesej video untuk mainkannya dengan suara.