Panduan Telegram
42.4K subscribers
1 photo
316 videos
285 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Konten Dilindungi. Pencipta konten boleh dayakan Menghadkan Menyimpan Konten di grup atau saluran mereka untuk menjadikan pos eksklusif untuk ahli atau pelanggan mereka.

Mendayakan aturan ini akan menghadkan memajukan mesej dari bual, menghalang dari pengambilan gambar skrin dan menyahdayakan dari menyimpan media yang dipos.

Hanya pemilik grup atau saluran boleh sunting aturan ini, melalui Halaman Info > Jenis Grup/Saluran bual.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hapus Mesej menurut Tarikh. Tekan pada kepala tarikh bagi mana-mana bual 1-dengan-1 untuk pilih suatu hari atau di antara dua tarikh dan hapus semua mesej yang dikirim dan diterima dalam tempoh tersebut.

Mesej dihapus akan kekal terhapus dan boleh dikeluarkan hanya untuk anda atau kedua pihak – jika anda ingin mesej dihapus secara automatik untuk kedua pihak, dayakan hapus auto untuk mana-mana bual.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Mengepos Tanpa Pengenalan. Pengguna Premium boleh kirim mesej di Grup Awam dan Komen Saluran sebagai salah satu dari saluran awam anda, dan bukannya dari akaun peribadi anda.

Tekan pada gambar profil di sebelah bar mesej untuk pilih salah satu dari saluran anda – mesej yang anda kirim selepas ini akan dipaparkan dengan nama dan foto saluran.

Langgan Panduan Telegram di t.me/TelegramTipsMS
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pengurusan Peranti. Di Aturan > Peranti yang anda dapat lihat di mana-mana peranti yang anda sedang log masuk.

Tekan Link Peranti Desktop untuk log masuk secara mudah ke Telegram Desktop atau Telegram Web melalui Kod QR.

Pilih satu peranti untuk tentukan samada ianya boleh terima panggilan masuk atau Bual Rahsia – atau untuk log keluarnya dari jauh.

Semua peranti boleh juga diset untuk log keluar secara automatik selepas suatu tempoh waktu tidak aktif – dari tempoh 1 minggu ke 1 tahun.

Langgan Panduan Telegram di t.me/TelegramTipsMS
PEMBERITAHUAN

Selamat Tahun Baru!

Sila wawarkan dan kongsi saluran Panduan Telegram ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga untuk memantapkan penggunaan Telegram anda.

Panduan di saluran ini memberi anda penerangan cara penggunaan ciri-ciri Telegram lengkap dengan media videonya sekali.

Penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa oleh Telegram untuk memberi anda aplikasi pemesejan terbaik.

Terima kasih kerana terus setia dengan Telegram.

Sila langgan Panduan Telegram di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Reaksi. Beri maklum balas serta merta pada mesej – tekan dua kali untuk kirim secara pantas 👍 atau tekan sekali (tekan dan tahan di iOS) untuk pilih lebih opsyen.

Reaksi sentiasa terbuka di bual peribadi. Di grup dan saluran, pentadbir boleh pilih untuk dayakan reaksi dan ambil emoji mana yang tersedia.

Anda boleh tukar emoji pantas reaksi anda di Tetapan > Tetapan Bual di Android atau Tetapan > Stiker dan Emoji di iOS.

Maklumat lanjut – sila wawarkan:
Berita Telegram Panduan Telegram Telegram Premium
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pemformatan Spoiler. Pilih mana-mana bahagian mesej anda bila menaip dan pilih ‘Spoiler’ di menu pemformatan untuk menyorok teks di bawah animasi dalam bual, dan juga di senarai bual dan notifikasi.

Tekan pada animasi untuk pamirkan teks yang disorok – spoiler juga boleh digabung dengan pemformatan lain, termasuk link.

Pada peranti MIUI, tekan ⋮ di penjuru kanan atas untuk tunjuk opsyen pemformatan.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penterjemahan Mesej. Di Aturan > Bahasa anda boleh tambah butang khusus Terjemahan ke menu konteks bila memilih mesej.

Anda juga boleh kecualikan bahasa yang anda fasih bertutur, yang akan sorok butang terjemahan untuk mesej tersebut.

Terjemahan tersedia di semua peranti Android yang mendokong Telegram, tetapi memerlukan iOS 15 atau lebih pada peranti Apple.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kod QR Untuk Profil Awam. Cipta kod QR untuk diri anda atau mana-mana pengguna dengan nama samaran awam – dan juga untuk mana-mana grup awam, saluran atau bot.

Tekan ikon kod QR berdekatan dengan nama samaran pengguna atau di laman info bual, sesuaikan coraknya, kemudian cetak, pos atau kongsi kod ke mana-mana jua.

Anda boleh cipta kod QR untuk profil anda di laman Aturan – mereka yang anda kongsi dengannya boleh tambah anda sebagai kenalan melalui nama samaran awam anda atau link nombor fon anda.

Pengguna yang tidak mempunyai nama samaran dan menyembunyi nombor fon mereka dari semua orang akan menjana kod QR sementara mengikut aturan privasi mereka.


Langgani Panduan Telegram di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pengecaman Teks. Untuk peranti iOS 13 atau macOS 10.15 ke atas, anda boleh guna Teks Langsung untuk pilih dan salin teks secara terus dari foto dalam bual.

Di iOS, tekan untuk buka foto dalam bingkai media, kemudian tekan ikon teks untuk asingkan perkataan dari latar belakang. Aplikasi macOS secara automatik mengesan teks dalam foto – tersedia untuk anda memilih dengan kursor anda.

Pengecaman imej secara selamat ini dilakukan sepenuhnya di peranti anda.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stiker Video. Cipta dengan mudah stiker beranimasi dari fail video .WEBM di mana-mana program menyunting video dan terbitkan mereka menggunakan bot @Stickers.

Untuk maklumat lanjut, sila ke Manual Stiker Video dan Panduan Bot Stiker yang menggariskan langkah secara terperinci.

Juruprogram boleh menggunakan API Import Stiker untuk membina aplikasi bagi mencipta dan mengimport stiker ke Telegram.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kesan Reaksi dan Status Dilihat. Animasi untuk reaksi adalah padat dan boleh dimainkan secara langsung untuk semua ahli bual. Untuk mengirim kesan lebih besar, tekan dan tahan pada emoji di menu.

Reaksi juga mempunyai status dilihat – tekan pada butang ♡ yang terpapar di bual untuk lompat ke mesej anda dengan reaksi yang belum dilihat.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Navigasi Bual Terbaru. Tekan dan tahan butang ‘Kembali’ untuk balik ke bual tertentu selepas membuka bual lain dari mesej dimajukan, link, profil dan lagi.

Bila melompat menerusi saluran belum dibaca, saluran sebelumnya dari rangkaian juga akan terpapar di senarai.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pengurus Muat Turun. Kawal muat turun media dan fail anda dari tab Muat Turun di Carian, atau tekan ikon ⬇️ yang ada di senarai bual bila anda mempunyai muat turun yang aktif.

Henti sementara dan sambung semula semua muat turun atau satu-satu item – dan pilih satu untuk lihatnya di bual. Di iOS, anda boleh pilih mana-mana item untuk tinggikan prioriti, agar ianya boleh dimuat turun terlebih dahulu.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pratonton Album Media. Selepas memilih beberapa item di menu lampiran 📎 , tekan ‘⋯ dipilih’ untuk teliti mesej sebelum dikirim.

Tarik item untuk tukar tempatnya di album, tambah kapsyen atau keluarkan media yang dipilih.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sokongan Perisian Penstriman. Siar secara langsung video di grup dan saluran dari program luaran seperti OBS dan XSplit untuk input tambahan, grafik dan lagi.

Pilih ‘Strim dengan…’ bila memulakan siaran anda, kemudian tampal butiran ke dalam perisian penstriman kegemaran anda.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Link ke Nombor Fon. Pos atau kongsi link t.me di mana-mana untuk membolehkan pengguna lain hubungi anda, berdasarkan pada nombor fon anda.

Link ini akan selari dengan aturan Privasi Nombor Fon anda – jika pengguna tidak dibenarkan menemui anda dengan nombor fon anda, link tidak akan berfungsi untuk mereka.

Untuk cipta link t.me tanpa pengenalan untuk diri anda, tambah nama samaran bersesuaian di Aturan.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pratonton Browser. Sesiapa sahaja boleh buka link t.me untuk lihat profil, pos atau keseluruhan konten saluran awam di browser mereka - walaupun mereka belum lagi berdaftar dengan Telegram.

Pratonton ini termasuk butang untuk memuat turun Telegram secara pantas untuk fon mudah alih dan desktop, atau untuk membukanya di Telegram Web.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bunyi Notifikasi. Tekan fail audio pendek atau mesej suara dan pilih ‘Simpan untuk Notifikasi’ untuk cipta nada pemberitahuan tersuai yang akan segerak dengan semua peranti – seperti 20+ bunyi yang terdapat di sini.

Anda boleh set nada khas untuk bual peribadi, atau kesemua grup bual. Tambah dan urus melalui Aturan > Notifikasi dan Bunyi atau di bual tertentu.

Di Android, tekan ⋮ > Senyap > Sesuaikan di kepala bual.
Di iOS, tekan Senyap > Sesuaikan dari laman info bual.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Senyap atau Notifikasi Senyap. Nyahdaya pemberitahuan bunyi dari bual atau tutup terus notifikasi.

Pilih ‘Senyap untuk’ pada Android atau ‘Senyap sehingga🔔 pada iOS untuk set tempoh masa senyap tersuai – hentikan seketika notifikasi untuk tempoh masa tertentu.

Anda juga boleh senyapkan bual secara pantas dari senarai bual anda.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.