Panduan Telegram
38.5K subscribers
1 photo
305 videos
273 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berkongsi Skrin di Panggilan Video. Ketika melakukan panggilan video, anda boleh kongsi perisian kamera anda atau video dari skrin anda – sekali dengan bunyi.

Dalam panggilan video grup, anda boleh kongsi kedua-dua kamera dan skrin anda dalam masa yang sama.

Untuk kongsi skrin anda. Sila tekan pada butang video dan pilih skrin anda sebagai punca video.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kelajuan Main Balik Video. Anda boleh tonton video di pemain media dengan kelajuan 0.5x, 1x, 1.5x atau 2x.

Pelbagai kelajuan main balik juga ada untuk audio – termasuk mesej suara dan podkas.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lukisan Tepat. Bila menghias foto atau video di penyunting media, berus anda akan secara automatik mengecil bila anda zum masuk – memudahkan bila melukis perincian.

Untuk tukar saiz berus anda secara manual, sila tarik bulatan kecil ke atas dari bar pilihan warna.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kirim Mesej Beranimasi. Teks, stiker, emoji dan mesej suara melayang ke dalam bual bila anda tekan ‘Kirim’ – meloncat dari kekunci peranti anda dengan animasi jimat tenaga.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Strim Langsung di Saluran. Mula Strim Langsung di saluran anda untuk menyiarkan video dan audio atau kongsi skrin tanpa jumlah had penonton dari mana-mana peranti – mobil atau komputer (desktop atau komputer riba).

Di Android, buka Profil Saluran ⋮ > Mula Strim Langsung.
Di iOS, buka Profil Saluran > Strim Langsung.
Di Desktop, tekan/klik ikon 💬 pada bar di bahagian atas Saluran.
Di macOS, tekan/klik … pada bar di bahagian atas Saluran > Strim Langsung.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Memajukan Secara Fleksibel. Tekan Memajukan Mesej pada atas bar mesej untuk buka tingkap pratonton dan sesuaikan bagaimana mesej akan dipaparkan.

Sembunyikan nama pengirim, sembunyi kapsyen dari mesej media, nyahpilih mesej atau tukar penerima jika anda tekan pada bual yang silap.

Di Privasi dan Sekuriti aturan anda, anda boleh kawal samada mesej anda termasuk link ke profil anda bila memajukan dengan nama anda boleh dilihat.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lompat ke Saluran Belum Dibaca Seterusnya. Ada terdapat berjuta saluran di Telegram di mana berita, video, meme dan banyak lagi sentiasa dipos. Bila anda telah tiba ke paras paling bawah saluran, anda boleh leret ke atas untuk tukar dengan pantas ke saluran belum di baca seterusnya – tanpa kembali ke senarai bual.

Jika anda guna folder atau Bual Diarkib untuk menyusun senarai bual anda, aplikasi akan terdahulu tunjuk saluran anda dari Folder Terkini, kemudian Folder Yang Lain anda, kemudian dari Semua Bual, dan akhir sekali Arkib anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stiker Bertren. Di atas stiker Terbaru Diguna anda, anda akan dapat temui pek terkini dari artis profesional.

Skrol pada bar di gambar kecil, kemudian tekan untuk pratonton dan tambah pek ke panel anda.

Untuk tukar susunan pek stiker anda, tekan lama pada salah satu dari ikon di bar atas dan tariknya ke tempat dikehendaki.


Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cadangan Stiker. Taip satu emoji di bar mesej untuk lihat segera berdozen stiker yang berkaitan dalam apa juga situasi.

Anda boleh temui emoji yang ada ingini dengan cadangan emoji dan cara pantas – tanpa perlu skrol.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tema Bual. Di bual 1-dengan-1, anda boleh guna tema tertentu hanya untuk bual tersebut – memberinya satu pemandangan dan perasaan.

Setiap tema mempunyai versi siang dan malamnya sendiri, dengan belon mesej bergradien, latar belakang beranimasi dan corak unik.

Tema bual disegerakkan ke semua peranti anda dan juga didayakan untuk pasangan bual anda.

Untuk pilih tema bual di Android, tekan ⋮ > Tukar Warna.
Di iOS, tekan Kepala Bual > Lagi > Tukar Warna.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Emoji Interaktif. Kirim dan tekan Emoji Interaktif. Kirim dan tekan 🎆🎉🎈👍👎❤️😂😭🤩😁😢🔥😱🤮💩❄️👻🎃💸
dalam mana-mana bual peribadi untuk lancarkan kesan skrin penuh.

dalam mana-mana bual peribadi untuk lancarkan kesan skrin penuh.

Bila bual kedua pengguna terbuka pada masa yang sama, animasi dan getaran dimainkan dalam masa yang sama di peranti mereka. Anda boleh tahu bahawa rakan anda juga nampak animasi tersebut dari status kelihatannya.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Status Dibaca di Grup. Dalam grup, mesej anda ditanda sebagai telah dibaca sebaik sahaja salah seorang dari ahli membukanya. Anda kemudian akan dapat memilih mesej anda untuk melihat ahli grup yang mana yang telah membacanya.

Untuk melindungi privasi pengguna, status dibaca di grup hanya akan disimpan selama 7 hari selepas mesej dikirim.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakam Video Langsung. Pentadbir boleh rakam Strim Langsung dan Bual Video untuk simpan dan kongsi selepas siaran.

Video boleh dirakam dalam orientasi landskap atau potret, dan selepas rakaman dihentikan, fail akan dengan serta merta dimuat naik ke Mesej Disimpan kepunyaan pentadbir yang memulakan rakaman.

Anda boleh mula rakaman dari mana-mana peranti – hanya dengan tekan ⋮ atau ⋯ untuk buka menu siaran.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Grup dan Saluran Awam.
Semua grup dan saluran adalah berbentuk peribadi sebagai paras asal, tetapi anda boleh tukar mereka menjadi awam dan terbuka untuk mana-mana pengguna untuk sertai atau melanggan.

Grup dan saluran awam mempunyai link unik t.me, boleh dijumpai dari keputusan Carian Global, boleh mencecah penonton tanpa had dan membina komuniti besar untuk mana-mana kecenderungan.

Anda mestilah seorang pemilik bual untuk tukar jenis grup atau saluran. Di Android tekan Kepala Bual > ✏️ > Jenis Grup/Saluran. Di iOS tekan Kepala Bual > Sunting > Jenis Grup/Saluran.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bot. Melaksana tugas dan akses servis yang dibina pada Platform Terbuka Bot Telegram. Guna Menu Bot atau masukkan teks untuk kirim koman anda, dan Bot akan secara pantas proses permintaan anda.

Mana-mana juruprogram boleh membina aplikasi berdasarkan bual yang bergerak terus dari dalam Telegram untuk apa-apa jua dari stor di talian hingga ke arked permainan.

Bot mempunyai link t.me dan boleh ditemui di carian – seperti Bot Stiker rasmi, Bot Gmail, dan banyak lagi.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Panduan Produktiviti. Guna mesej disemat di Grup dan Saluran untuk menonjolkan informasi penting atau cipta direktori untuk mudah mencari di antara mesej atau juga bual pelbagai.

Semua mesej di grup dan saluran mempunyai link yang unik yang akan secara pantas mengarah pengguna kepada mesej tertentu.

Di grup dan saluran peribadi, link akan hanya berfungsi untuk ahli atau pelanggan bual tersebut.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Media Dikongsi. Tekan pada kepala mana-mana bual untuk buka laman Media Dikongsi—mengandungi semua foto, video, muzik dan lain-lain yang telah dikirim ke sana.

Heret bar tarikh untuk skrol ke beberapa tahun ke belakang dengan pantas, dan tekan bar untuk buka paparan kalender dengan pratonton media untuk setiap hari.

Tekan ⋮ atau ⋯ untuk lihat hanya foto, hanya video, atau kedua-duanya sekali dan picit untuk zum ke dalam atau ke luar dan tukar saiz pratonton - kemudian tekan lama pada mana-mana gambar kecil untuk lompat ke satu masa dalam bual.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Permohonan Menyertai. Dayakan kelulusan pentadbir untuk link tambahan untuk grup atau saluran anda supaya pentadbir boleh semak pengguna yang ingin sertai sebelum mereka boleh akses ke bual.

Dengan link ini anda boleh cipta dan sertai bual khusus tertutup – seperti grup hanya untuk murid-murid tua, atau saluran dengan kandungan eksklusif. Pengguna yang membuka link ini akan menghantar permohonan menyertai, di mana pentadbir boleh mengurus permohonan melalui sepanduk di bahagian atas bual.

Pencipta bot mempunyai alatan untuk membina bot yang boleh kongsi link jemputan dan meluluskan ahli yang berpotensi – atau boleh juga memberi mereka tugasan tertentu sebelum mereka diberi kelulusan untuk menyertai.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tema Global. Pilih dari 9 tema direka oleh juruprogram Telegram untuk ke semua aplikasi anda – setiap satu dengan mod Siang dan Malam, berlatar belakang beranimasi serta berwarna-warni dan belon mesej bergradien, (Akan datang di Android)

Seperti di semua tema, anda boleh memperibadikan untuk menukar warna atau pilih corak yang berlainan. Untuk dapatkan aturan tersuai, tekan Tema Bual untuk sunting dan kongsi rekaan anda.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kapsyen Media Segera. Untuk semua aplikasi Telegram, teks yang anda taip di ruang menaip mesej secara automatik bertukar ke kapsyen bila anda lampirkan media anda.

Ia juga berfungsi dengan Draf Awan membolehkan anda menaip mesej anda di satu peranti, kemudian hanya dengan melampirkan media dari peranti yang lain dan kirim mereka serentak.

Tekan ⋮ di Android untuk lampirkan media setelah mesej ditaip di ruang menaip mesej.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS