MY FAVOURITE RESEPI BOOK
2.65K subscribers
4.36K photos
25 videos
17 files
819 links
My Favourite Resepi Book is Cooking Channel's. Let's share and join this channel with your Friends and Families.Bye ;)
Download Telegram
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Kuih CHE ABBAS DEMAM kuih traditional terengganu. Kali pertama dengar nama kuih ni😅.

Jom baca asal usul nama kuih che abbas demam dan resepi membuatnya👇👇

Che Abbas Demam adalah sejenis kuih yang unik, diperbuat daripada sagu berkuah santan.

Menurut cerita, kuih ini dikenali sebagai Che Abbas Demam kononnya adalah gurauan kepada seorang bernama Abbas yang berasal dari Sarawak dan tinggal menetap di Kampung Maras, Terengganu dan bekerja sebagai penebang pokok sagu untuk makanan ternakan. Bertemu jodoh dengan orang tempatan.

Ketika kenduri makan laksa diadakan di kampung tersebut, Encik Abas telah jatuh demam, dan isteri Encik Abas telah menasihatnya untuk tidak memakan laksa dengan alasan dalam keadaan demam memakan laksa yang menggunakan acuan kebuk tembaga, boleh menyebabkan badan orang yang demam akan bertambah sakit.

Agar tidak mengecewakan perasaan Encik Abas yang sedang demam pada hari itu; isterinya telah memasak sagu diganti laksa untuk dimakan bersama kuah laksa. Apabila laksa telah habis dan dengan kuah untuk laksa yang masih lagi ada, orang-orang kampung yang datang kemudiannya telah diraikan dengan dihidangkan sagu yang dimasak untuk Encik Abas.

Kesedapan sagu apabila dimakan dengan kuah laksa telah menjadi bualan dan sejak hari itu kuih itu dipanggil dengan nama Encik Abas Demam kerana kuih itu sebenarnya khusus dibuat untuk Encik Abas yang demam pada hari tersebut.

SKETSA CHE ABBAS DEMAM

"Sedak makang laksa jamung rumoh Mok Nab malring, mung gi lewak sangat dok dang makang ah. Nasib baik ader lagi satang kalu tidok buleh nyor ... mung padang hiruk kuwah saje lah. Mung, hiruk kuwah pung dok apa sebap anok puang dia peroh satang.... pekat molep ... hahaha"

"Mung jangang kater gitu, aku makang sedak lagi... mung dok tahu ... mung pun dok noho terai lagi... sedak lagi makanang hok aku makang malring ..."

"Doh mung makang mende pulok, belebong sunggoh... tu arr tebeng sangak gi lewak"

"Lewak pun.. aku buleh makang sagu dengang kuoh laksa.... sagu ni lagi sedak ...laksa kebok temaga wat sakit orat... kuah laksa memer r sedak sangak sebap satang anok darer dia peroh."

"Sagu maghi mana pulok? Dok tengok pung aku, mung jangang wat nawok"

"Sagu hok Mok Nab buat ke laki dia Encik Abas... betulang demang... orang demang mana buleh makang laksa. Anok darer dia pung bubuhlah ke aku semakok"

"Jadi mung demang jugok arh."

"Mok Nab kata orang demang dok lalu nok makang gop, pader dok habih baiklah bui ke orang sehak.... Hahaha... bahang di orang segor arh, sedak sunggoh weh, tapi kalu mung gi arini sagu tak dop doh ... orang bahang jerelok doh malring... memer mung buleh nyor r"

"Weh...sedak lek dia pulok, kes makang laksa malring ni... aku pung rase macang nok demang r pulok"

"Hahaha...."

#Kuih CHE ABAS DEMAM sedang dicari di Bazar Ramadan .....

Ada juga mengatakan bentuk kuih ini yang bergetar bagaikan orang demam.

Encik Abas asal dari Sarawak,
Orang kenduri laksa dia makan sagu,
Cakap tegas jangan pelawok,
Percaya dok paksa fikiran dok ragu.

Bahan-bahan

4 cawan sagu rembia
8 cawan air
2 cawan gula

Kaedah

Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut dalam periuk.
Masak dan kacau sehingga pekat.

Bahan untuk kuah

1 biji kelapa (ambil santan)
6 ulas bawang merah
2 ekor ikan kembong/selayang
sedikit halia
sedikit halba
garam secukup rasa

Kaedah

1. Ikan dipanggang, ambil isinya dan hancurkan.
Campurkan kesemua bahan dan masak hingga pekat.
Kacau semasa masak agar santan tidak berketul
Sejukkan ke dalam loyang .
Potong sagu rembia yang telah dimasak mengikut selera,kemudian masukkan ke dalam kuah untuk dihidangkan.

C & P : Buku Resepi Hamemah

Sumber : Marzuki Mustaffa
Buletin TV3

#PerpustakaanNegaraMalaysia
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
#KUIH NGANANG

Beza kuih menganang dan kuih bakar adalah kuih menganang rasanya lebih lemak dan manis mungkin kerana terdapat banyak telur dan santan di dalam nya berbanding kuih bakar. Kuih ini menggunakan tepung kacang hijau.

RESEPI NGANANG@MENGANANG KACANG

Bahannya:
8 biji telur
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung kacang hijau
1 cawan pati santan
1 cawan air

Caranya:
1.Telur dipecah dan dipukul bersama gula sehingga sebati
2. Masukkan santan kemudian dikacau perlahan-lahan
3. Setelah itu baru masukkan tepung kacang hijau sedikit demi sedikit sampai kesemua adunan tadi sebati.
Kemudian masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Tapis kesemuanya dengan penapis kain.
5. Siapkan acuan, sapu minyak dan masukkan adunan tadi ke dalamnya lebih kurang 3/4 daripada acuan
5. Bakar dengan api perlahan sehingga masak.