MY FAVOURITE RESEPI BOOK
2.65K subscribers
4.36K photos
25 videos
17 files
819 links
My Favourite Resepi Book is Cooking Channel's. Let's share and join this channel with your Friends and Families.Bye ;)
Download Telegram
Bismillaahirrahmaanirrahim.
Assalaamu'alikum W.B.

Penawar Gout:

Jangan bergantung Dengan ubat kemia, Jika Anda ada Gout Cukup Minum Ramuan Ini Sekali Saja!

Untuk yang ada masa'alah gout, saya berpengalaman 20 tahun. Sy tk mampu sholat kerana lutut bengkak tak boleh dibengkokkan. saudara sy beri kapsul Gout dari Amerika, saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah SWT sy ditemukan dgn orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya umur 90 tahun yang kelihatan lebih tua. Dia tanya sy sakit apa ya? Sy jawap Gout Pak. Cuba cari sebiji nanas yg masak & satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar tambah 3 biji buah keras, jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus.

Berapa kali minumnya?. Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yg beterusan minum lah 3 bulan sekali . Saya buat sebagai mana yg diajarkan, gout sy dah hilang sama sekali, sembuh sepenuhnya Alhamdulillah! Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout sy dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji Nanas yg masak
- Lobak putih kira kira 250 gram
- 3 biji Buah Keras .

Sumber: Penawar Gout:
Bahan kedua:
Penurun Gout dan pembersih kristal pada ginjal Ini ramuan nya :
1. 10 gelas air mineral.
2. 5 biji apel di potong 4 jangan di kupas kulitnya.
3. 5 helai daun sereh.
4. 1 biji buah Nanas yg masaik.
5. 2 ketul Halia.
6. Gula batu (gula melaka) 1/4 aja.
Rebus bahan tadi selama 35-40 minit hingga menjadi minuman kira-kira 5-6 gelas. Jadikan minuman.

Dari: Teman diIndonesia.
Selamat Mencuba
Moga Berjaya👍

#copypaste
Bismillaahirrahmaanirrahim.
Assalaamu'alikum W.B.

Penawar Gout:

Jangan bergantung Dengan ubat kemia, Jika Anda ada Gout Cukup Minum Ramuan Ini Sekali Saja!

Untuk yang ada masa'alah gout, saya berpengalaman 20 tahun. Sy tk mampu sholat kerana lutut bengkak tak boleh dibengkokkan. saudara sy beri kapsul Gout dari Amerika, saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah SWT sy ditemukan dgn orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya umur 90 tahun yang kelihatan lebih tua. Dia tanya sy sakit apa ya? Sy jawap Gout Pak. Cuba cari sebiji nanas yg masak & satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar tambah 3 biji buah keras, jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus.

Berapa kali minumnya?. Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yg beterusan minum lah 3 bulan sekali . Saya buat sebagai mana yg diajarkan, gout sy dah hilang sama sekali, sembuh sepenuhnya Alhamdulillah! Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout sy dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji Nanas yg masak
- Lobak putih kira kira 250 gram
- 3 biji Buah Keras .

Sumber: Penawar Gout:
Bahan kedua:
Penurun Gout dan pembersih kristal pada ginjal Ini ramuan nya :
1. 10 gelas air mineral.
2. 5 biji apel di potong 4 jangan di kupas kulitnya.
3. 5 helai daun sereh.
4. 1 biji buah Nanas yg masaik.
5. 2 ketul Halia.
6. Gula batu (gula melaka) 1/4 aja.
Rebus bahan tadi selama 35-40 minit hingga menjadi minuman kira-kira 5-6 gelas. Jadikan minuman.

Dari: Teman diIndonesia.
Selamat Mencuba
Moga Berjaya👍

#copypaste
Tips utk pregnant

bahan2:
Kurma 1kilo (sy cari kurma yg betul2 liat 😊)
susu kambing fresh 1liter (sy beli 5 botol)

cara2:
1) isteri amik 1genggam kurma. suami pun sama jugak.
2) buangkan biji. masukkan dlm blender. blenderkan kurma dgn susu kambing 1liter. blend smpai hancur.
3) hasil blender td tu, bahagikan dua (sama rata).
4) sblum minum, niat dlu. bace surah maryam ayat 1-12.then, suami istri boleh lah minum sampai habis. jgn simpan. abis kan terus.
5) keesokkannya dan seterusnya, amalkan setiap hari segelas susu kambing dan 7biji kurma. bace surah maryam juga..

InshaAllah. pasti Allah tak hampakan. yg mandul pon mampu pregnant. selagi ada rahim, selagi tulah boleh mengandung..

tips ni dari sorg ustaz. ustaz tu kata kdg2 xmengandung bkn sbb mandul. tp rahim kita di kacau jin yg berteduh kat situ. sbb tu disuruh minom susu kambing. sbb susu kambing ni musuh kpd jin. jin xsuka. jd cuba lah..dah 3org sy ajar ikut cara ni, mengandung. sdgkan dh 5tahun die tunggu..

Inshaallah ade rezeki... amin2..

#CopyPaste#
#SharingIsCaring#
#cubalah#
Tips utk pregnant

bahan2:
Kurma 1kilo (sy cari kurma yg betul2 liat 😊)
susu kambing fresh 1liter (sy beli 5 botol)

cara2:
1) isteri amik 1genggam kurma. suami pun sama jugak.
2) buangkan biji. masukkan dlm blender. blenderkan kurma dgn susu kambing 1liter. blend smpai hancur.
3) hasil blender td tu, bahagikan dua (sama rata).
4) sblum minum, niat dlu. bace surah maryam ayat 1-12.then, suami istri boleh lah minum sampai habis. jgn simpan. abis kan terus.
5) keesokkannya dan seterusnya, amalkan setiap hari segelas susu kambing dan 7biji kurma. bace surah maryam juga..

InshaAllah. pasti Allah tak hampakan. yg mandul pon mampu pregnant. selagi ada rahim, selagi tulah boleh mengandung..

tips ni dari sorg ustaz. ustaz tu kata kdg2 xmengandung bkn sbb mandul. tp rahim kita di kacau jin yg berteduh kat situ. sbb tu disuruh minom susu kambing. sbb susu kambing ni musuh kpd jin. jin xsuka. jd cuba lah..dah 3org sy ajar ikut cara ni, mengandung. sdgkan dh 5tahun die tunggu..

Inshaallah ade rezeki... amin2..

#CopyPaste#
#SharingIsCaring#
#cubalah#
Kenapa ada ibu sanggup tikam anak sendiri?

Hari ni mood saya agak suram. Mana tak suram bila terbaca berita tergempar yang mana seorang ibu sanggup tikam anak sendiri bertubi tubi sebanyak 20 tikaman! Dan salah satu tikaman tu menyebabkan usus anaknya terburai keluar!

Saya sedih tapi saya tak pelik. Dalam dunia perubatan benda ni sebenarnya memang wujud. Penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Orang Melayu kita biasa panggil Meroyan.

Dalam dunia perubatan ada 3 peringkat penyakit yang kita biasa sebut Meroyan ni.

1. Baby blues

Baby blues ni kiranya level meroyan paling rendah la. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya.

Benda ni agak biasa la untuk ibu yang baru beranak pertama kali kan. Yela, malam yang dulunya sunyi sekarang dihiasi tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat tu sampai ke pagi. Dengan jadual waktu tidur si ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu memang la si ibu jadi mudah stress. Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah muntah hijau memang membuat si ibu bertambah stress.

Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah :

+ mood swing
+ mudah cemas
+ selalu menangis
+ kurang selera makan
+ susah tidur

2. Pospartum depression

Ni level Meroyan yang pertengahan. Penyakit ni macam Baby Blues jugak tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ni biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.

Antara tanda-tanda dah kena penyakit ni :

+ mood swing yang teruk
+ menangis yang melampau lampau
+ susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci kat baby sendiri
+ rasa takde tenaga dan tak boleh tidur
+ rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby
+ rasa diri tak berguna

3. Pospartum Psychosis

Ni level Meroyan yang paling dasyat. Biasanya yang kena penyakit ni akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan bukan sila berhati hati. Macam kes Pretty yang sanggup bunuh anaknya sendiri. Bila disoal siasat dia boleh pulak cakap dia cuma bunuh perompak je.

Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab masa tu fikiran dia dah tak rasional dah. Sebab tu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.

Jangan bagi isteri fikir kain kat jemuran dah angkat ke belum. Jangan bagi isteri fikir pinggan kat dapur dah cuci ke belum. Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir je. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri kita baru je mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat masa melahirkan zuriat kita, jangan la kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ye. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.

Jom bantu isteri kita!

P/ S : Saya Taufiq Razif bukan doktor sakit jiwa tapi saya rasa ilmu ni semua suami kat dunia WAJIB tahu! Bahaya sangat bila suami takde ilmu nak kenalpasti tahap stress si isteri yang baru lepas bersalin.

*#copypaste*
MANFAAT LISTERINE A.K.A UNTUK KUMUR MULUT !

👉 LISTERINE

adalah antara benda wajib yang akan aku beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Aku memang selalu berkumur dengan Listerine untuk pastikan mulut aku sentiasa wangi. Aku ajar anak aku yang berumur 9 tahun untuk amalkan perkara yang sama dan ianya memang bagus untuk gigi anak-anak yang suka sangat makan benda-benda manis.

Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang korang tak pernah tahu. Mari aku kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh korang amalkan.

1. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.

2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.

3. Membasmi kuman di mangkuk tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.

4. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.

5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.

6. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.

7. Membasmi kuman di berus gigi
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.

8. Bersihkan skrin tv atau monitor computer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.

9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah.
Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.

10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.

Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur._

#copypaste
Forwarded from TheRespectMuslimah
Di akhir zaman ini, inilah saat anda harus menentang arus .
Pada ketika wanita lain berlumba-lumba membukakan diri , tutuplah diri anda dan usah ikut jejak mereka .
Tertutup di sini bukan bermakna hingga menjadikan diri jumud.
Tertutup di sini juga bukan bermaksud anda langsung tertutup .
Boleh terbuka . Asal jangan sampai hanyut .
Wanita yang bijak , tahu bezakan baik dan buruk .
Wanita yang bijak , aimnya adalah syurga dan perhatian Tuhan , bukannya perhatian manusia yang didamba dan dirindukan .
-Qàsrus Syuhàdà-

#copypaste
@respectmuslimah
JANGAN MINTA SELAGI SELLER TAK OFFER
😲😲😲

Online seller selalu kena camni :
👉 Nak FREE POSTAGE boleh?
👉 Ambil banyak BOLEH KURANG tak?
👉 Total RM28. Tolong genapkan RM25 boleh tak?

👇
Dalam Tanyalah Ustaz TV9,
Ustaz cakap janganlah minta atau tawar menawar dengan peniaga Islam/Melayu

Sampai ada yang minta:
Harga KASIH SAYANG
Harga KAWAN
Harga ADIK BERADIK
Harga BISIK-BISIK

Tolonglah mereka, jangan jatuhkan mereka.
BERSANGKA BAIKLAH, ada sebab kenapa mereka TAK OFFER sedemikian

Contoh : Minta kurang
- Uols mintak kurangkan RM3, ntah-ntah banyak tu jer pun UNTUNG yang dia dapat 😰

Kenapa orang bukan muslim meniaga orang beli?
Tak mintak tawar-tawar pun?

Contoh : TESCO
-Total kena bayar RM100.05
Sanggup cari duit selit merata semata-mata nak bayar lagi 5 sen tu, sebab apa?

Sebab WAJIB BAYAR.

Kalau orang muslim yang berniaga,
Alooo 5 sen takde, halal lah boleh tak?

Tepuk DADA tanya IMAN.
Tepuk DAHI tanyalah DIRI SENDIRI. 🌸

Tak kira la samada SELLER ONLINE @ SELLER DI KEDAI.. Itulah sumber rezeki mereka... Adat orang melayu suka mintak kurang... Tahukah kita perbelanjaan yang harus mereka tanggung sebagai peniaga??? Kadangkala untung hanya tipis.. Kalau di kedai bangsa lain boleh pulak kita bayar penuh tanpa mintak kurang..

#Copypaste
Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya ustaz Mohamed Iqbal Alivi tentang gurau bab poligami dengan isteri.. Baru2 ni beliau baru je dapat cahaya mata.. Comel anak dia..Lepas habis program di pasir gudang lepas solat semua ajak ustaz iqbal makan di asam pedas power johor dan kami bersembang..

Dia kata "lil.. Lain kan dah ada anak ngan tak ada anak lagi.. Allahu.. Lil.. Aku bersama ngan isteri aku dalam bilik bersalin 8 jam nak tunggu baby keluar.. Isteri ak kata.. "Abg apa2 berlaku jap lagi.. Biar anak selamat.. Apa2 berlaku pada saya xpe.." Aku nangis lil.. Ak tengok dri mula sampai akhir bini ak bersalin.. Aku rasa yaAllah payah nya laa.. Aku terus teringat kat mak aku lil.. Aku lahir dulu beso 4kg lebih.. Lagi teruk mak aku lahirkan ak dulu..." Huhuk..

"Masa kami berdua je.. Ak selalu bergurau dengan isteri ak nak kawin dua.. Biar awak senang sikit.. Saya kawin dua awak ada kawan... Masa tu orang umah ak marah.. Ngajuk.. Aku tak faham.. Lepas ak tengok dia bersalin ak dah x nak sebut benda2 kawin dua ni lil.. Kesian kat bini ak..."

Allahu.. Saya terfikir.. ramainya suami2 hari ni jadikan itu sebut nak kawin dua.. Nak kawin sorang lagi jadi bahan gurauan.. Tapi langsung tak tahu.. Sebenarnya walaupun nampak bergurau tapi sangat beri kesan pada hati seorang wanita.. Nampak macam xde pape.. Dia cubit kita.. Ngajuk.. Tapi dia akan ingat sampai bila2 gurauan kita tu... Kadang2 benda2 gurau2 benda2 macam ni buatkan isteri kita hilang respect pada kita.. Sebab buat benda2 macam ni gurauan.. Hati wanita sangat lembut dan cepat terasa..

Saya kalau timbul perbincangan tentang kawin dua dan sebagainya depan saya dan isteri saya terus kata "saya xde masa nak fikir psal ni... Kerja saya banyak.. Isteri saya ni cukup sempurna bagi saya.."

Saya nak ajak suami2 kawan2 saya.. Walaupun poligami dibenarkan syara' tapi jangan jadikan soal itu sebagai gurau .. Kita bergurau la lepas ni ngan isteri kita perkara lain.. Main Angkat2 dia ke.. Main lari2 ke.. Main nyorok2 ke.. Yg buat dia boleh happy ngan kita.. Jangan sesekali kita jdikan poligami bahan gurauan depan isteri dan anak2 kita.. Kita jaga perasaan orang umah kita macamana kita nak isteri kita jaga perasaan kita.. YaAllah.. Maafkan saya.. Maafkan kami semu.. Kami x perasan perkara2 kecil ni...

Sya pernah dengar.. Bila isteri lepas bersalin.. Kita kena banyak puji isteri kita.. Cakap.. Awak kuat sangat.. Awak banyak tolong sy.. Terima kasih.. Saya dapat rasakan yg awak kuat berdoa dengan Allah untuk saya dan career saya.. Sekali sekala.. Puji isteri kita depan mak ayah dia.. Mak ayah dia pun suka.. Isteri kita pun suka,. Tapi malangnya hari ni.. Kita sebagai suami jarang sngat.. Berat sangat mulut nak puji isteri kita yg bnyak korban untuk kita.. Bukankah dia pernah lahirkan zuriat kita.. Dia yg tanggung perit semua? YaAllah.. Maafkan kami.. Kami x pndai jadi suami yg terbaik..

Motivator Ummat,
Ustaz Khailil Razak

Share di wall anda agar suami, menantu, dan tunang kita dapat baca.

Sollu a'laa Sayyidina Muhammad

#copypaste
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
_ assalamualaikum salam maghrib

RESEPI

*Telur - 4 biji
*Gula castor - 240gm
*Ovelet - 1 sudu
*Asen vanila - 1 camca
*Pewarna - 1 camca
*Backing powder - 1/2 camca
*Tepung gandum - 170gm( ayak )
(Yg bertanda * mix 1 kli dlm masa 4 minit je )

Minyak - 130gm ( last skli masukkn bila adunan dah gebu..kaup2 je )
Bakar dlm suhu 130°c dlm masa 45 minit ikut oven masing-masing la ya..😁

Castard..

Santan - 600gm
Jus pandan - 400gm
Air - 200gm
Gula - 230gm
Tepung kastard - 100gm
Agar-agar - 10gm
Pewarna hijau
Garam - 1 camca

Campurkan semua masak hinga pekat dan ada leletup hihi x tau nk terangkan camna..ok tu je la pastu ratakn pada kek..
Ok selamat mencuba ya..🤗
#copypaste xingat tuan empunya
#sy dah cba buat mmg sdap

Kredit Resepi : nurul ezianny