MY FAVOURITE RESEPI BOOK
2.65K subscribers
4.36K photos
25 videos
17 files
819 links
My Favourite Resepi Book is Cooking Channel's. Let's share and join this channel with your Friends and Families.Bye ;)
Download Telegram
🌹RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU🌹

Bahan-bahan:
5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise
1 biji kelapa - (2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 in halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur ke dalam santan pekat

Cara membuat:
1. Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.
2. Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.
3. Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.
4. Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.
5. Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.
6. Kemudian rata dan kemaskan nasi. Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.

💐Gulai Ikan Nasi Dagang
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam saiz besar (lebih kurang 1 kg)
1 biji kelapa - ambil santan
3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi
1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air)
8 gram rempah masak cap bunga rose
10 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia -kisar
2 hiris lengkuas -kisar
2 keping asam gelugur
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 cili kecil
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara membuatnya:
1. Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam gelugor dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap.
2. Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula.
4. Masukkan cili padi. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.
5. Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal. Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.

Acar Timun
Bahan-bahan:
Timun - hiris memanjang
Karot - hiris memanjang
1/2 biji bawang besar
Gula
Cuka secukupnya
Garam

1. Timun dan karot yang dihiris direndam dalam air garam.
2. Satukan cuka, gula dan garam sehingga hancur. Gula mesti lebih baru nampak ianya berkilat.
3. Masukkan bawang besar dan sayuran yang dihiris tadi.
4. Sesuaikan rasa dan siap dihidangkan.

#Selamat menjamu selera dengan nasi dagang yang sangat lembut dan wangi ini. Cubalah, pasti makan menambah nambah


🌹RESEPI PULUT SERUNDING🌹

Bahan2:
UNTUK PULUT :

2 1/2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan air dan dibancuh 1/2 cwn santan pekat(kara)
Garam
Gula

Caranya:
1. Basuh beras pulut & rendam selama 1 jam
2. Selepas 1 jam, toskan beras pulut & Kukus sehingga pulut lembut.
3.Masukkan santan (yang dibancuh sedikit garam & gula). Gaul rata.
4. Kukus semula selama 10-15.minit.
7. Selepas selesai pulut sedia dihidang.

UNTUK INTI :

2 1/2 cawan kelapa parut
1 peket udang kering(rendam sekejap)
1 biji bawang besar
3 batang serai(dihiris)
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 sb cili kisar (ikut kepedasan masing2)
minyak masak secukupnya
Garam dan gula
Sedikit air jika perlu

Caranya:
1. Blend serai, bawang, cili kisar & udang kering.
2. Tumis bahan2 blend sehingga garing.
3. Masukkan kelapa parut & kunyit serbuk.
4. Semasa menggaul, masukkan sedikit air & sebatikan bahan2.
5. Masak sehingga kelapa parut kering, perisakan garam & gula.
6. Siap.
Saat ini,
tika ini,
Allah mengajar kita,
belajar memberi dan menerima..

#Bertemu berpisah kerana allah
#berjuang hingga ke akhirnya💪
#stayathome🏠
#kitajagakita.
#maafkan semua org.
#selamat malam.