MY FAVOURITE RESEPI BOOK
2.65K subscribers
4.36K photos
25 videos
17 files
819 links
My Favourite Resepi Book is Cooking Channel's. Let's share and join this channel with your Friends and Families.Bye ;)
Download Telegram
Saat ini,
tika ini,
Allah mengajar kita,
belajar memberi dan menerima..

#Bertemu berpisah kerana allahโค
#berjuang hingga ke akhirnya๐Ÿ’ช
#stayathome๐Ÿ 
#kitajagakita.
#maafkan semua org.
#selamat malam.
Dulu Kak Fizah pernah pesan.

"Jangan korek sangat apa yang tidak perlu kita tahu. Jangan cari tahu dalam sangat, sebab nanti kita yang sakit.

Ada cerita yang Allah simpan yang tidak sesuai untuk kita tahu buat masa ini.

Cukuplah sekadar apa yang Allah tunjuk. Yang Allah tak tunjuk biarkan jadi rahsia."

Lebih kurang begitu kata Kak Fizah.

Menangis terharu baca mesej Kak Fizah masa tu.

True!

Kadang kala, ada suatu hal dalam hidup ini yang tidak perlu kita tahu.
Bukan kerana kita tidak mahu ambil tahu, tapi kerana kita tidak perlu tahu.

Cukup hanya dengan setiap pemberian Allah. Apa yang Allah bagi sebagai pengetahuan kita, terimalah ia dengan hati terbuka.

Ada cerita yang tidak perlu kita tahu pada saat itu, tapi nanti bila saatnya telah tiba, pasti Allah tunjukkan jalan cerita yang sebenarnya.

Hikmahnya?

Supaya hati kita lebih kuat dan redha dengan apa yang akan kita terima.

Bayangkan, andai kita mengetahui sesuatu bukan pada masa yang sesuai, tapi kita paksa hati untuk terima, siapa yang akan menderita?

Hati kita sendiri.

Apa yang Allah beri itu yang terbaik.

Allah pasti beri sesuai dengan masa yang Dia tetapkan.

Dan yakinlah, saat itu adalah saat yang benarยฒ sesuai untuk kita.

Allah Maha mengetahui, Allah Maha memahami keadaan dan kemampuan isi hati kita.

The thing is, sangka baik pada Allah.

Rasakanlah, Allah sentiasa baik pada kita.

Samada yang datang itu perkara yang baik, ataupun yang buruk, ia tetap hal yang baik kerana ia datangnya daripada Allah.

Itulah hebatnya seorang mukmin.

"Di sebalik ujian ada rahmat"-Ust Ebit Lew

#stayathome
#ACupOfCoffee
Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah pada kali ini kita semua menjadi pilihan oleh-Nya untuk menikmati suasana Ramadan.

Al Fatihah kepada yang telah pergi lebih awal sebelum datangnya Ramadan.

Ramadan pada kali ini sangat berbeza dari tahun sebelum ini. Manfaatkan masa sebaik mungkin. Lebihkan amal ibadat.

Jaga jari, jaga mata,jaga mulut dan jaga hati. Gunakan kearah yang Allah redha. Saat inilah untuk penyucian jiwa kita. Kutip sebanyak mungkin amal ibadat di bulan ini. Adakah ini Ramadan yang terakhir? Kita tidak pasti.

SELAMAT BERPUASA DARIPADA KAMI TEAM @cookingisverygood ๐Ÿงš๐Ÿ˜‰

#firstramadan
#stayathome
#kitajagakita
#weloveyouall
#StayAtHome

RESEPI GADO-GADO & KUAH PECAL versi CHEF OBIE

Bahan-bahan perlu disediakan dahulu, kisar dan simpan. Bila hendak makan boleh campurkan air panas, garam, gula dan air asam jawa Iaitu

Bahan kuah pecal :
2 1/2 cawan kacang tanah - digoreng 10 tangkai cili kering - digoreng
1 genggam ikan bilis atau udang kering - digoreng garing
1 sudu besar udang kering tanpa kulit - digoreng garing
1 inci belacan - digoreng
1 bunga bawang putih - digoreng
2 sudu besar bawang goreng
Air asam jawa secukupnya
1/2 inci sedikit CEKUR
Air Panas
Garam dan gula pasir @ gula merah secukupnya ( boleh lebihkan gula )

Cara Penyediaan :

Kisar cili kering goreng, cekur ,bawang goreng,bawang putih, ikan bilis goreng, udang kering goreng kemudian dikisar sehingga halus.( guna pengisar bahan kering ) Campurkan dengan kacang tanah yang telah kisar dan gaulkan rata. apbila nak makan, campur air panas secukupnya dan tambah air asam jawa sedikit dan letak garam dan gula secukup rasa. Masak atau panaskan seketika diatas api sehingga mendidih dan pekat.mudah kan.. Bahan untuk Gado-gado

Sayur Kobis - dipotong dan dicelur Kacang Panjang - dipotong dan dicelur Telur rebus
Taugeh- dicelur
Tempe- dipotong dan digoreng ( option- jika ada )
Tauhu - dipotong dan digoreng Sengkuang @ mangkuang cina - dicuci bersih dan dipotong halus
Sayur Kangkong - dicuci bersih dan dicelur
Nasi Impit - ( option jika ada )
Boleh cuba resepi chef obie ini , resepi diatas biasa digunakan chef obie di hotel untuk salah satu menu lunch buffet & dinner !

Selamat Maju Jaya Follow chef obie di IG : chef_obie_official FB : chefobie untold Page : Bazaar Chef Obie chefgunawanmalaysia.blogspot.com

#takhensemmanistuade #chefobiecrew #mgjconsultancy #bazaarchefobie #ebookmasakankekpastridanbakeri #kelaswesternfood #kelaspastri #kelasbakeri #resepimudah #chefobie
#StayAtHome
RESEPI PASTRY DANISH
"Cinnamon Rolls "

Chef Obie telah kongsikan dlm
ยฉROTI 100 RESEPI CHEF OBIE
Copyright 2013

(5)Pastri Danish

Bahan 1
300gm Tepung Roti
100gm Tepung Gandum
50gm Gula
1sudu Garam
1 1/2sudu besar Tepung susu

Bahan 2
200ml Air sejuk
1biji Telur
Bahan 3
40gm Mentega / marjerin

Bahan 4
200gm Marjerin croissant

Bahan 5
Kastard / jem buah-buahan/ raisin ( option ) / Cinnamon Powder

Cara Penyediaan :

1.Adun (bahan 1) sehingga sebati. Campur (bahan 2) uli sehingga menjadi doh.Tambah (bahan 3) uli doh
sehingga lembut dan kenyal.Canai menjadi bentuk segitiga.Tutup doh dengan plastic dan simpan
dalam peti sejuk selama 1 jam.

2.Tutup / bungkus (bahan 4) dengan plastik dan canaikan.Kemudian keluarkan doh dari peti ais canai
sehingga menjadi 10mm tebal. Lipat 1/3 bahagian dasar ke bahagian atas ke tengah.Pusingkan doh 90โ€™
darjah dan canai dengan rolling pin dan bentukkan segitiga.Ulangi langkah sekali lagi.Tutup dengan
plastic dan simpan dalam peti sejuk selama 20-30 minit.

3.Keluarkan doh dan ulangi langkah 2 (Kemudian keluarkan doh dari peti ais canai sehingga menjadi
10mm tebal. Lipat 1/3 bahagian dasar ke bahagian atas ke tengah.Pusingkan doh 90โ€™ darjah dan canai
dengan rolling pin dan bentukkan segitiga.Ulangi langkah sekali lagi.Tutup dengan plastic dan simpan
dalam peti sejuk selama 20-30 minit.

4.Bahagikan doh kepada 2 bahagian.Gulungkan setiap satu menjadi 4mm tebal dan bentukkan menjadi
segitiga ( panjang 42 sm x Lebar 30 sm ).sapu kastard atau jem dan tabor dengan buah kismis.

5.Gulungkan doh, seperti membuat swiss roll.Guna pisau tajam, potong setiap gegelung kepada 12
bahagian, 25 mm panjang.

6.Letakkan setiap gegelung kepada 12 bahagian, 25mm panjang.Letakkan setiap bahagain doh di atas
minyak, tekan secara lembut untuk ratakannnya.Bubuh ยฝ ceri yang telah diglis dibahagian tengah setiap
doh.Biarkan ia naik 45 minit.Sapu telur.

7.Bakar pada suhu 190โ€™c selama 15-20minit.


Follow Page FB : Bazaar Chef Obie

#chefobie #chefobiecrew #mgjconsultancy #resepi #pastrydanish #cinnamonrolls #resepicinnamonrolls
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Togel pokok pandan bila pkp ni..
.
Tq yang share resepi. Rasa sedap macam sangkaya boat noodle.

RESEPI SANGKAYA ALA BOAT NOODLE

Korang kalau pergi makan dekat Boat Noodle tak sah kalau tak order Sangkaya ni kan. Alaa yang roti stim cicah kaya warna hijau tuu...

Bahan-Bahan:

10 helai daun pandan โ€“ kisar dengan secawan air, tapis ambil jusnya
1 biji telur
200ml santan
3 sudu besar gula pasir
ยฝ keeping gula melaka
2 sudu besar tepung jagung
Sikit pewarna hijau
Secubit garam

250ml susu cair utk dituang dalam kaya selepas dikukus

Cara-Cara:

1. Blend daun pandan dengan secawan air. Tapis air pandan.
2. Campurkan semua bahan di atas dalam periuk. Guna whisk sampai semua bahan larut dan tak berketul.
3. Lepas tu masak atas api sederhana dan sentiasa kacau hingga adunan pekat likat atau pekat, anggaran masa lebih kurang 20 minit.
4. Bila adunan dah likat, padam api dan tunggu sejuk sebelum hidang. Sebelum hidang tu tuang sikit susu cair di atas permukaan Sangkaya untuk rasa lemak berkrim.
5. Paling sedap makan dengan roti stim.

#covid19
#stayathome
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
#StayAtHome Salam Ramadhan

RESEPI SIAKAP STIM ASAM BOI - Chef Obie

Bahan

1 ekor Ikan Siakap telah dibersihkan
2 btg Serai
1 biji Limau nipis
4 btg Cili API ( boleh hirus atau ketuk shj )
1/2 biji Bawang Holland mayang
1/2-1 biji bawnag Merah mayang
2 inci Halia tua
1/3 cawan SOS Ikan
1/2 sdb Gula perang
1 sdt Chicken stok
5 ulas Bawang Putih digoreng mayang cincang
5 biji asam boi

Cara Penyediaan :

1. Sediakan pengukus sekiranya Ada , chef hanya gunakan pot yg bersesuaian dgn saiz ikan.

2.Masukan Serai sebahagian dlm perut ikan ,Dan taburkan semua bahan atas ikan ,SOS Ikan dicampurkan dgn gula perang ,chicken stock kacau mesra Dan tuang atas ikan atau lumurkan pada ikan .

3 Didihkan air ,Kukus perlahan , 10 minit-15 minit bergantung kpd saiz ikan.

4.Siap dihidang. Enak dinikmati dgn Nasi Putih panas Dan lauk yg lain.

Selamat Mencuba , Sila Follow Page : Bazaar Chef Obie


#chefobie #chefobiecrew #mgjconsultancy #resepi #ikansiakapstimasamboi #stimasamboi
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
#StayAtHome

RESEPI TOSAI @ DOSAI CHEF OBIE

Bahan

2 Cawan Nasi Putih Sejuk( boleh extrakan Nasi Putih hingga 3 cawan )
1 Cawan Tepung Beras
1 tab kecil Yogurt ( plain saiz ala dutch lady yogurt )
1/4 sudu teh Halba
1/4 Jintan putih ( option- jika suka )
1/2 cawan air
1/2 sudu teh Garam

Cara Penyediaan :

Sila klik link yang diberi Untuk info selanjutnya ,
Terima Kasih

http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com/2020/03/stayathome-resepi-tosai-dosai-chef-obie.html?m=1

Sharing is Caring โ™ฅ๏ธ

#chefobie #chefobiecrew #mgjconsultancy #kelasmasak #kelasmasakan #kelasmasakanperniagaan #kelasmasakanpopularchefobie #indiancuisines #indiancuisine๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ #masakanindia #dosa #dosai #tosai #resepitosai @ Ampang, Kuala Lumpur
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Tetiba ptg nii rasa nk beriftar dgn juadah niii,hrp dpt direalisasikn๐Ÿ˜ฌbila tgk shbt dr Klntn buat smlm, rasa teringin la plk๐Ÿ˜jom kita tgk resepinya..

ROJAK MEE AYAM๐Ÿ˜‹

BAHAN UTAMA:
(bhn2 blh ditmbh @ dikurang, xdak hal punya๐Ÿ˜ฌ)

ยผ ekor ayam(ikut nk bnyk mn)
4 biji telur direbus dan goreng smula.
4 keping tauhu (goreng dan potong)
ยฝ biji sengkuang kecil(sagat)
1 batang timun(sagat)
4 biji kentang (direbus & goreng)
1 bgks mee kuning (celur)

BHN KUAH KACANG:

ยฝ kg kacang tanah (digoreng, kemudian buang kulit dan blend kasar)
ยฝ cawan air asam jawa
ยฝ cawan gula merah
ยฝ cawan minyak
Garam secukup rasa

BHN KISAR:

3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
ยฝ inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras

CARA PENYEDIAAN:

Ayam dipotong dua dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan.
Bila dah sejuk potong kecil.

Semua sayuran dipotongkan kecil.

Kentang direbus, kmudian goreng (jgn potong)lps digoreng baru lah dipotong mngikut saiz kesukaan..

Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan letakkn kuah kacang atas bahan.

CARA PENYEDIAAN KUAH:

Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang.

Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.

Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.

#Hidangkan bersama bhn2 diatas๐Ÿ˜‹
Slmt mencuba๐Ÿ˜‹
#ramadhan2020
#stayathome
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
first time akak buat moist butter kek dlm kuantiti yang normal dengan air fryer...selalu buat dalam bekas kecik je. Alhamdulillah tak bantat, tak hangus, happy guna air fryer ni.

resepi yang tak sepertinya akak kongsikan kat sini ye.

250gm butter
3/4 cwn gula castor
2 sb susu pekat manis
5 biji telur
1 sk esen vannila
2 cwn gandum(buang 1 sudu besar)
1 sk baking powder

1. pukul butter, gula dan susu pekat manis hingga kembang.
2. masukkan telur satu demi satu sampai habis sambil masukkan esen vannila.
3. masuklan tepung gandum dan baking powder sikit demi sikit
4. putar adunan hingga sebati.
5. masukkan dlm loyang air fryer yg dilapik dgn aluminium foil yg telah disapu dgn butter.
6. bakar pada suhu 150ยฐ selama 50 minit..kalau masih melekat lagi dipisau, bakar sikit lagi.

Tunggu sejuk sikit baru potong naaa.
selamat mencuba..Yayy!!

๐Ÿ˜€

#stayathome #staysafe ok.
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Masa ni baru lepas bekpes guys, haha.. Kuala ganu hujan buat Iolls anak branak tertido lama๐Ÿ˜…

Alaยฒ mat salehh sikit makan kali ni..
Sandwich with egg & cheese ๐Ÿ˜‹

Resepi
3 keping roti (potong bahagian keliling)
Butter sapu pada roti
Mayonis sapu pada roti
2 keping cheese slice
2 biji telur (Masak letak butter & sedikit garam)
Kemudian sapu pada roti
Tekan roti bagi padat

1 biji telurkan (kacau rata)
Kemudian celup roti dlm telur rata

Letak sedikit butter pd kuali
Masukkan roti, bakar sampai garing

Selamat memcuba ๐Ÿ˜‹

#StayAtHome
#TeamKayaFA
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Ang ku kuih

Bhn2

1 cawan tepung beras pulut(glutinous rice flour)
2 sudu mkn tepung beras(rice flour)
Sedikit garam
Sedikit pewarna merah
3/4 cawan air
Inti Kacang campur gula(Ikut suka ati mau guna inti apa)
Sedikit minyak (utk sapu pd daun Pisang)
Daun Pisang

P/s:klu adunan doh masi lembik... Kasi tmbh sj tu tepung pulut sikit2... Sampai nda melakat d tgn..

7-8 minit kukus.... Siap...

#stayathome
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
KEK MILO 3 BAHAN (tanpa tepung)

Boleh cuba

fuhhhhh..lega rase kejadian memuaskan โค๏ธ..kek Milo 3 bahan yg dok viral dlm fb.. mcm x percaya je tanpa tepung kek akan menjadi ๐Ÿค”.. pertama kali cikza buat Alhamdulillah x mengecewakan.. sangat sedap gebu dan lembut ๐Ÿ˜..cik kiahhh semua bila lg nk mencuba ๐Ÿ˜‰

kek Milo 3 bahan

2 cwan Milo
4 biji telur
2 Sb susu pekat

semua diblander dn kukus 1jam.

#stayathome

Kredit: Noriza Awang Hamat