MY FAVOURITE RESEPI BOOK
2.66K subscribers
4.36K photos
25 videos
17 files
819 links
My Favourite Resepi Book is Cooking Channel's. Let's share and join this channel with your Friends and Families.Bye ;)
Download Telegram
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
𝗞𝗢𝗥𝗘𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗥𝗟𝗜𝗖 𝗖𝗛𝗘𝗘𝗦𝗘 𝗕𝗨𝗡 🍞

Roti ni tengah viral sekarang. Disebabkan bahan-bahan memang dah ada. Jom kita mula 🥳🥳🥳

Doh Roti 🍞
110 ml fresh milk suam
30g gula
1sk yis
250g tepung high protein
1 biji telur gred A
1sk garam
20g marjerin

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan, uli sehingga elastik selama 45minit.
2. Uli dengan mixer/tangan sehingga doh betul-betul elastik. Bila tarik tak koyak. Done uli 💪🏻
3. Bulatkan setiap doh 80g. Biarkan doh naik selama 30-45minit.
4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20minit. Ikut oven masing-masing 😊

Sos Cream Cheese 🧀
200g cream cheese
50g whipping cream
30g gula

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan dalam mixer/blender dan blend bagi sebati.
2. Masukkan dalam piping bag.
3. Potong kecil dihujung plastik
4. Siap 😊

Sos Garlic 🧄
70g marjerin/butter
3ulas bawang putih (potong dadu)
1biji telur
2sb madu
Sedikit mix herbs, oregano atau parsley

Cara-cara :
1. Cairkan butter dalam kuali. Guna api perlahan sahaja. Butter dah cair, tutup api dan tuangkan butter dalam mangkuk.
2. Masukkan semua bahan dan kacau sebati.
3. Siap 😊

🥳 Bila roti dah masak, sejukkan roti kemudian belah 4. Jangan bagi putus, nanti tak cantik.
🥳 Paipkan sos cream cheese di celahan yang potong tadi. Paip la sebanyak mana uolsss nak. Lagi banyak lagi sedap !
🥳 Kemudian, sapukan sos garlic tadi bagi kena keseluruhan roti.
🥳 Masukkan semua dalam oven, bakar selama 10minit 170 darjah. Ikut oven masing-masing.
🥳 TING ! TING ! Maka dah siap lah korean garlic cheese bun uolsss.
🥳 Dah siap, susun atas pinggan kemudian curahkan lebihan sos garlic tadi. POWER !

📸 Jangan lupa buat ig stories dulu, status whatsapp, up kat fb. Pastu baru boleh NGAPPP 🤤😍😍👍🏻

LIKE dan SHARE kalau membantu uolss 🍞🧀🧄

Kredit: Puteri Rupawan
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
KEK MILO 3 BAHAN (tanpa tepung)

Boleh cuba

fuhhhhh..lega rase kejadian memuaskan ❤️..kek Milo 3 bahan yg dok viral dlm fb.. mcm x percaya je tanpa tepung kek akan menjadi 🤔.. pertama kali cikza buat Alhamdulillah x mengecewakan.. sangat sedap gebu dan lembut 😍..cik kiahhh semua bila lg nk mencuba 😉

kek Milo 3 bahan

2 cwan Milo
4 biji telur
2 Sb susu pekat

semua diblander dn kukus 1jam.

#stayathome

Kredit: Noriza Awang Hamat
🍝RESEPI MEE GORENG (ALA MAMAK)
@CookingIsVeryGood

Bahan-bahannya :
● Mee kuning 1 bungkus
● Udang sederhana (buang kulit)
● Bawang Putih(hiris)
● Bawang Merah(hiris)
● Kicap cair dan pekat
● Sos cili
● Sos tiram
● Cili Boh
● Tauhu(digoreng dahulu)
● Kentang(potong dadu dan goreng)
● Taugeh
● Daun Kubis
● Tomato
● 3 biji telur(pecah & kacau)
● Fish cake(hiris)
● Cili(hiris)
● Serbuk perasa Knorr/Maggi

Cara memasaknya :
1. Panaskan kuali dan tumis bawang putih, bawang merah, cili boh sehingga naik minyak.

2. Tambah sos cili, sos tiram, kicap pekat dan biarkan masak sekejap.

3. Kemudian masukkan udang, fish cake, tauhu, kentang dan daun kubis. Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yg dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit dan kemudian masukkan mee, gaul sebati.

4. Masukkan tomato, taugeh dan cili. Perasakan dengan serbuk perasa dan kicap cair jika perlu. Hidang bersama perahan limau kasturi dan bawang goreng.
CHAR KUEW TIAW BASAH
🍃🍂🍃🍂🍃🍂
🍂🍃
Bahan Untuk Memasak Char Kuey Teow Basah Simple:
🍃🍂🍃🍂🍃
taugeh
2-3 sudu minyak masak
satu senduk air rebusan (ayam/udang)
2 ulas bawang putih ditutuk
1-2 biji telur
cili jeruk - hiasan dan penambah selera
kuey teow
1 sudu fish sauce
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram
1 sudu petis udang
2-3 sudu cili kering - diblend
ayam / udang / kerang
daun kuchai (hiris dalam 2 inci)
🍃
🍂🍃🍂
Cara Untuk Memasak Char Kuey teow Basah Simple :
🍃🍂🍃🍂🍃
1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, tumis sampai naik bau. Masukkan cili kering yang diblend mengikut tahap kepedasan yang anda sukai. Kacau hingga rata.

2. Masukkan 1 sudu fish sauce, kicap cair, sos tiram dan petis udang. Kacau hingga rata dan besarkan api.

🥳
Mee Goreng Basah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek kecil mee kuning
4 ulas bawang putih - ketuk & cincang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam
Kicap secukupnya
1 ikat sayur sawi
Udang dan sotong
Limau nipis - perah
Daun bawang - tabur

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Lepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.

Setelah cili garing, masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak. Sementara ianya mendidih, ketika ini bolehlah kita memotong sayuran atau apa sahaja. Air lebih kurang 1/2 mug tapi dimasukkan sedikit sedikit supaya tidak terlembik pulak mee.

Masukkan udang dan sotong serta batang sawi. Kacau rata. Kemudian masukkan mee dan daun sawi. Masukkan sedikit garam, kacau rata dan setelah secukup rasa, bolehlah ditutup api. Saya suka mee yang sedikit basah belengas seperti dalam gambar, bukan basah berair macam mee hailam, jadi ketika ini saya akan letak sedikit lagi sos dengan sedikit air supaya ianya melekat pada mee.

Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur cili merah hiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis.

Nota:
Ada ketika, saya akan tuang kicap ke atas mee kuning dan gaul rata sebelum dimasukkan dalam kuali. Ikut mood lah. Kicap akan lebih menyerap pada mee dan lebih cepat bergaul sebati semasa digoreng.

😋😋😘😘💪
Khasiat 12 Makanan Sunnah Rasulullah SAW

Kurma
🍓menguatkan rahim
🍓mencegah sembelit
🍓menguatkan otot
🍓menghilangkan lesu
🍓merangsang selera makan
🍓menguatkan ingatan
🍓melawas

Barli
🍓merendahkan kolestrol
🍓mengelakkan darah beku
🍓mencegah batu karang
🍓mengurangkan reumatoid
🍓menyejukkan badan

Madu
🍓mempercepatkan proses pemulihan tubuh
🍓memulihkan mata
🍓menguatkan sistem penghadaman
🍓melegakan batuk
🍓mengembalikan tenaga

Susu
🍓menguatkan tulang,gigi,kuku,kulit dan rambut
🍓anti-asid
🍓menurunkan panas badan
🍓memperbaiki daya ingatan dan mata

Cendawan
🍓meningkatkan imuniti tubuh
🍓mencerahkan mata
🍓mengelakkan penyakit berjangkit
🍓menambah insulin

Minyak Zaitun
🍓melebatkan rambut
🍓merendahkan kolestrol
🍓meredakan sakit gigi
🍓menyembuhkan lukaluka

Anggur
🍓menurunkan berat badan
🍓sumber vitamin C
🍓mencegah kerosakan mata
🍓mencegah strok,jantung dan kanser

Buah Delima
🍓antioksidan
🍓melindungi jantung
🍓menurunkan kadar kolestrol
🍓mencegah kanser
🍓membantu perkembangan janin

Kismis
🍓membina darah
🍓meningkatkan daya ingatan
🍓mengelakkan pereputan gigi
🍓penambah tenaga

Buah Tin
🍓menyejukkan badan
🍓memecahkan batu karang
🍓menyegarkan badan
🍓mengeluarkan toksik
🍓meredakan sakit kulit
🍓memulihkan buasir

Habbatus Sauda
🍓meningkatkan daya tahan badan
🍓mencegah sakit jantung dan kanser
🍓merawat masalah tidur
🍓menaikkan seri wajah
🍓merawat asma

Saffron
🍓menyembuhkan demam kuning
🍓cerdas minda
🍓membuang angin
🍓menguatkan ingatan
🍓menyumbuhkan pelbagai penyakit
Saya nak share resipi makanan western..

Dengan satu jenis kuah bolognese boleh masak 3 jenis makanan western..

Resipi sangat ringkas .. Jom lihat resipi

Kuah bolognese

-sebotol sos bolognese(saya guna jenama Kimball)
-daging kisar (suku tiub )
-daging burger 3 keping(saya guna ramly)
-meatball daging
-gula 2 sudu besar

Cara-cara
-masukkan sos bolognese
-masukkan daging burger n daging kisar
-masukkan sosej
-masuk meatball
-masuk gula
Biarkan smpai mengelegak dan Siapppp

Itu jer ??? Yer tuh je bahan buat sos bolognese untuk :-
-lasagna
-spaghetti bolognese
-meatball bolognese

Resipi cheese sauce
-pnaskan 3 sudu besar majerin/butter
-masukkan 6 sudu besar tepung gandum
-whisk dan masuk cheddar yg dah parut
-masukkan susu full cream
(Agak2 jangan sampai terlampau likat Dan jgn trlmpau cair)
Kalau pekat jgn sesekali ltk air cuma topup susu full cream sahaja

Siappppp!!!!

Lasagna
- lapiskan satu persatu sheet lasagna dengan sos bolognese dan cheese sauce sampai 3 lapis
-atas sekali letak cheese sauce n taburkan cheese yg dh parut

Meatball bolognese
-masukkan meatball terus dlm kuah sos bolognese yg kita masak tadi dan terus masuk dalam bekas aluminum dan letak cheese sauce n parutkan cheese

Spaghetti bolognese /cheese
-rebus spaghetti dan letak kuah atas spaghetti ..
-letak cheese slice cheddar atas kuah dan masukkan dalam microwave untuk cairkan cheese..

Tabur parsley kering atas makanan untuk nampak lebih cantik

Senang kan?? Ramai yang tahu masak sos bolognese ni tapi saya share cara dan bahan yang mudah ..

Selamat mencuba
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
#KUIH NGANANG

Beza kuih menganang dan kuih bakar adalah kuih menganang rasanya lebih lemak dan manis mungkin kerana terdapat banyak telur dan santan di dalam nya berbanding kuih bakar. Kuih ini menggunakan tepung kacang hijau.

RESEPI NGANANG@MENGANANG KACANG

Bahannya:
8 biji telur
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung kacang hijau
1 cawan pati santan
1 cawan air

Caranya:
1.Telur dipecah dan dipukul bersama gula sehingga sebati
2. Masukkan santan kemudian dikacau perlahan-lahan
3. Setelah itu baru masukkan tepung kacang hijau sedikit demi sedikit sampai kesemua adunan tadi sebati.
Kemudian masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Tapis kesemuanya dengan penapis kain.
5. Siapkan acuan, sapu minyak dan masukkan adunan tadi ke dalamnya lebih kurang 3/4 daripada acuan
5. Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
👩🏼‍🍳Red Velvet cake kukus @ bakar
📌Sukatan utk 1 kg cake ye
📌Sukatan bahan semua menggunakan cawan..memudahkan semua

👩🏼‍🍳BAHAN 1.

-1 cawan gula pasir
-1sudu makan ovalete
-3 biji telur x kisah gred apa

👩🏼‍🍳BAHAN 2.

-setengah cawan susu cair ( x kisah jenama)
-setengah cawan minyak masak( x kisah jenama)
-1/2 cawan serbuk coklat
-pewarna merah dan maroon
-1 sudu teh baking power
- 2 cawan tepung gandum( x kisah jenama)
-perisa red velvet (takde pun takpe)

Ok next....👩🏼‍🍳😊

1.putarkan bahan 1 masukan semua bahan serentak dengan kelajuan pemutar cake medium ..kalau no 1-6 putar no 3 dulu....bila semua selepas 10 minit putar kelajuan yg paling tinggi...sehingga adunan tadi kembang naik putih tinggi sehabis kembang ...
then...
Slowkan balik kelajuan ke no 3.....masukan satu persatu bahan 2 ..bermula dengan...
-minyak...
-susu cair...
-perisa red velvet..(takde pun tak pe)
- serbuk coklat
-pewarna
-baking powder..
-last tepung gandum...

JANGAN PUTAR LAMA!DAN PASTIKAN KELAJUAN MEDIUM.....
Sebab takut nanti kek jadi tak kembang.....

-dah siap.kaup kaupkan dengan lembut adunan.... Dan bolehlah dimasukkan dalam loyang.........
Pastikan loyang dah diletakkan planta@ marjerin disapu sedikit kesemua bahagian supaya bila cake masak tak lekit😊...

Ratakan dan hentak2 sikit.....

Masukkan dalam pengukus yg dah panas...
Selama 40 minit@ sehingga masak....kalau nak bakar suhu 180° bakar selama 40°

UNTUK CREAM ....
Putarkan
-150gm cream cheese...
-setengah tin susu manis..
-fresh cream 300ml
-kepekatan cream terpulang deco masing2..😊
JANGAN RISAU KALAU TAK TEPAT SUKATAN NI..SEBAB SUKATAN UNTUK CREAM NI SEBENARNYA IKUT KESESUAIAN TEKAK SENDIRI...NAK BYK CREAM CHEESE PUN BOLEH..NAK KURANG PUN BOLEH..SAMA JUGA DENGAN SUSU MANIS DAN FRESH CREAM...😊SUKATAN NI QIS LETAKKAN AGAK2 UNTUK YANG RISAU BUAT KALAU TAKDE SUKATAN .😁KALAU QIS BELASAH JE SUKATAN NI IKUT SEDAP KAT MULUT😊

Boleh la dihias dan diolah pada cake mengikut creativiti sendiri bila cake dah sejuk.....
PERINGATAN..JANGAN SESEKALI LETAK CREAM KAT CAKE YANG MASIH PANAS....SEBAB CREAM AKAN CAIR😊

Photos from Qis Diyanna
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Kek Oren Sunquick
mmg sedap...

4 biji telor B
1 cawan gula castor
3/4 cawan minyak jagung/masak
1/2 cawan pati sunquick
2 sudu susu pekat
~ semua diblender hngga
kembang gebu
~ tuangkan terus kedlm
mangkuk

~ masukkan :
2 cawan tpung gandum
1 sdb bpwder
(diayak bersama)
~ kaup balik jer...

~ tuang dlm loyang
~ bakar 160c / 45 minit
@ mngikut kebiasaan oven
masing2

" ..gula boleh dikurangkan &
err...mudah jer , semudah
disuap ke mulut .."
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
_ assalamualaikum salam maghrib

RESEPI

*Telur - 4 biji
*Gula castor - 240gm
*Ovelet - 1 sudu
*Asen vanila - 1 camca
*Pewarna - 1 camca
*Backing powder - 1/2 camca
*Tepung gandum - 170gm( ayak )
(Yg bertanda * mix 1 kli dlm masa 4 minit je )

Minyak - 130gm ( last skli masukkn bila adunan dah gebu..kaup2 je )
Bakar dlm suhu 130°c dlm masa 45 minit ikut oven masing-masing la ya..😁

Castard..

Santan - 600gm
Jus pandan - 400gm
Air - 200gm
Gula - 230gm
Tepung kastard - 100gm
Agar-agar - 10gm
Pewarna hijau
Garam - 1 camca

Campurkan semua masak hinga pekat dan ada leletup hihi x tau nk terangkan camna..ok tu je la pastu ratakn pada kek..
Ok selamat mencuba ya..🤗
#copypaste xingat tuan empunya
#sy dah cba buat mmg sdap

Kredit Resepi : nurul ezianny
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
Resepi Ayam Korea Spicy

Bahan-bahan
• 2 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• Sedikit lada hitam
• 1 ekor ayam (potong kecil)
• 1 biji telur ayam
• Setengah mangkuk tepung gandum
• Setengah mangkuk tepung jagung
• 2 cawan minyak masak

• 2 ulas bawang putih (didadu)
• 1 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar madu
• 1 sudu besar gula perang
• Secubit garam
• 1 mangkuk kecil bijan

Cara membuat:

1. Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.

2. Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.

3. Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.

4. Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.

5. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.

6. Masukkan bijan dan gaul sebati.

7. Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.

Kredit: Pesan Bonda