MY FAVOURITE RESEPI BOOK
2.65K subscribers
4.36K photos
25 videos
17 files
819 links
My Favourite Resepi Book is Cooking Channel's. Let's share and join this channel with your Friends and Families.Bye ;)
Download Telegram
Rindunya nak makan nasi briyani.. Kita pun cuba beli Maggi perencah Nasi Briyani..

1st time buat nasi briyani ni..
Tak tipu memang sedap sangat perencah nasi briyani..

Saya ubah sikit step & tambah sikit bahan lain

Resepi Nasi Briyani Ayam(boleh tukar kambing)

Bahan-Bahan
4 pot Beras Basmathi(Rendam 30min)
1 ekor Ayam sederhana(potong 4)
2 pek Perencah Nasi Briyani
1 1/2 SB Minyak sapi
2 SB Minyak masak
4 Sekawan
1/2 SK lada hitam
1biji Bawang Besar (Hiris)
4ulas Bawang putih (Hiris)
2biji Tomato ( potong baji)
110ml Yogurt plain
2 SB Kismis
Air
Daun ketumbar tabur atas nasi

Cara-Cara

1. Beras Basmathi Rendam 30min (basuh & tapis ketepikan)
2. Rebus Ayam dengan sedikit perencah nasi briyani tambah sikit garam/serbuk perisa. Air jangan banyak cukup tenggelamkan ayam. Rebus separuh masak saja.(1/2 pek perencah)
3. Angkat Ayam dan perapkan dengan perencah nasi briyani, ketepikan. Air rebusan jangan buang, guna untuk masak nasi nanti. (1/2 pek perencah)
4. Dalam kuali/periuk Masukan minyak sapi, minyak masak Tumis bawang besar,bawang putih & 4 sekawan hingga naik bau.
5. Masukan Beras basmathi dan lada hitam dalam bahan yang ditumis kacau sebati. Api kecil sahaja.
6. Masukan Ayam dalam beras tadi kacau sebati.
7. Tuang ke periuk lain untuk masak nasi.
8. Masukan air rebusan ayam.(4 pot beras 4 pot air)
9. Masukan perencah(jadikan pes), tomato, yogurt dan kismis
10. Biar hingga masak jangan selalu kacau nanti nasi patah.
11. Nasi dah masak taburkan daun ketumbar tutup sebentar untuk aroma yang wangi

Siap!

——————————————————————

-Salad Yogurt-

Bahan-Bahan

Timun jepun*
Tomato*
Bawang Besar*
Daun ketumbar (hiris)
Yogurt plain
Garam/gula secukup rasa

1. Potong dadu semua yang bertanda (*)
gaul semua dengan yogurt dan perisakan

Siap!

———————————————————————

-Salata Hara-

Bahan-Bahan

Cili merah*
Cili padi*
Tomato*
Daun ketumbar*
Sedikit lemon jus
Garam/gula secukup rasa

1. Blend semua yang bertanda (*), tambah sedikit jus lemon dan perisakan

Siap!

Selamat mencuba ❤️

#carasaya
MY FAVOURITE RESEPI BOOK
Photo
GULAI KUNING IKAN AYE
.
Assalamualaikum
Done cooking. Harini sistur buat gulai kuning ikan aye/tongkol. Patut ada timun, kacang panjang & lada solok, tapi lada solok susah jumpa kat sini, kita letak cili api je. Timun & kacang pnjg pon yilekk.. Nanti nak makan picit cili tu kasi pedas....adoiii nikmat. Nampak cam gulai nasi dagang pon ada kan..😅
.
GULAI KUNING IKAN AYE/TONGKOL
Sumber; @by_azahzara
Masak by; @thesisterscookingproject
Hidangan; 4orang
.
1/2ekor Ikan Aye/Tongkol
.
*ikan tongkol rebus dulu dengan asam keping. Tapi sistur short cut je. Tak rebus
.
1bj Bawang Merah
2ulas Bawang Putih
1in Lengkuas
4kpg Cili Kering
.
Kisar semua bahan di atas dan masukkan ke dalam periuk
.
2kpg Asam Keping
1sk Serbuk Kunyit
1/2cawan Air
.
Masukkan bahan di atas dan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan aye/tongkol dan biarkan sehingga ikan masak. (ikan tak hancur sebab dah masukkan asam keping awal2)
.
1/2cawan Santan
Garam
Gula/perasa
Cili Api
.
Masukkan santan, garam, gula/perasa dan cili api. Masak sehingga mendidih. Sesuaikan rasa. Siap
.
#gulaikuning #ikanaye #gulaiikantongkol #makantengahari #laukpauk #masakankampung #youtuber #awakmakanape #sukamasak #sayamasak #carasaya #mystyle #cookgram #foodiegram #instafoodie #instafood #instacook #homecook #masakdarihati #cookwithlove #asiancook #foodpornmalaysia #foodphotography #foodblogger #mahn #ctdk